Ujian Kepada Keimanan
Thursday, March 14, 2013
Daripada Abu Hurairah r.a., bahwasanya Rasulullah saw. bersabda, "Hari qiamat tidak akan terjadi sehingga melimpah ruah harta benda dan timbul fitnah (ujian kepada keimanan) dan banyak berlaku 'al-Harj'". Sahabat bertanya, "Apakah al-Hajr itu hai Rasulallah"?
Nabi saw. menjawab, "Peperangan demi peperangan demi peperangan".
(Riwayat Ibnu Majah)
Realiti dunia hari ini membuktikan kebenaan sabda junjungan kita Nabi saw. Harta benda melimpah ruah. Banyak alat-alat moden yang dihasilkan oleh teknologi Barat dan Timur sehingga bertambah banyak alatan dan keperluan hidup. Maka oleh kerana itu ramai orang yang berlumba-lumba untuk mengaut keuntungan dalam membuat dan memperdagangkan alat-alat tersebut.
Dan oleh kerana masing-masing tamak dan rakus maka terjadilah perebutan yang mengakibat berlakunya peperangan demi peperangan. Dari semasa ke semasa peperangan berkobar dengan tiada henti-hentinya. Padam di suatu tempat menyala pula ditempat yang lain. Satu sama lain saling cakar mencakari. Semakin
maju teknologi, semakin terseksa manusia kerananya.
maju teknologi, semakin terseksa manusia kerananya.
0 comments:
Post a Comment