Islam Akan Luntur
Thursday, March 14, 2013
Daripada Huzaifah bin al-Yaman r.a. berkata: Rasulullah s.a.w bersabda; "Islam akan
luntur (lusuh) seperti lusuhnya corak (warna-warni) pakaian (bila ia telah lama dipakai),
sehingga (sampai suatu masa nanti) orang sudah tidak mengerti apa yang dimaksudkan
dengan puasa, dan apa yang dimaksudkan dengan sembahyang dan apa yang
dimaksudkan dengan nusuk (ibadat) dan apa yang dimaksudkan dengan sedekah.
Dan Al-
Quran akan dihilangkan kesemuanya pada suatu malam saja, maka pada esok harinya
tidak tinggal dipermukaan bumi daripadanya walau pun hanya satu ayat. Maka yang
tinggal hanya beberapa kelompok daripada manusia, diantaranya orang-orang tua, laki-
laki dan perempuan.
Mereka hanya mampu berkata, "Kami sempat menemui nenek
moyang kami memperkatakan kalimat "La ilaha illallah", lalu kami pun mengatakannya
juga".
Maka berkata Shilah (perawi hadis daripada Huzaifah), "Apa yang dapat dibuat
oleh La ilaha illallah (apa gunanya La ilaha illallah) terhadap mereka, sedangkan mereka
sudah tidak memahami apa yang dimaksudkan dengan sembahyang, puasa, nusuk, dan
sedekah"?
Maka Huzaifah memalingkan muka daripadanya (Shilah yang bertanya).
Kemudian Shilah mengulangi pertanyaan itu tiga kali. Maka Huzaifah memalingkan
mukanya pada setiap kali pertanyaan Shilah itu.
Kemudian Shilah bertanya lagi sehingga
akhirnya Huzaifah menjawab, "Kalimat itu dapat menyelamatkan mereka daripada api
neraka" (Huzaifah memperkatakan jawapan itu tiga kali).
(Riwayat Ibnu Majah)
Hadits di atas tadi menerangkan kepada kita bahawa pada suatu masa nanti:
1. Ilmu tentang Islam akan diangkat.
2. Al-Quran juga akan diangkat daripada permukaan bumi ini.
3. Orang ramai hanyalah mengenali beberapa istilah Islam, tetapi mereka tidak
memahami apa yang dimaksudkan dengan istilah-istilah itu.
4. Begitu pula mereka hanya sekadar mampu mengucapkan kalimat "Lailaha illallah",
tetapi mereka tidak memahami apa tuntutan kalimat suci itu terhadap mereka.
Walau bagaimana pun Allah swt. dengan belas kasihannya masih menghargai keimanan
mereka yang sedikit itu dan akan memasukkan mereka ke dalam syurga.
0 comments:
Post a Comment