Bermegah - Megahan Dalam Membangun Masjid

Thursday, March 14, 2013

Dari Anas bin Malik r.a. bahawasanya Rasulullah saw. bersabda: "Tidak berlaku (terjadi) hari qiamat sehingga umat ku bermegah-megah (dengan binaan) masjid". 

(Riwayat Abu Daud)

Di antara tanda hampirnya hari qiamat, ialah umat Islam berbangga dan bermegah-megah dengan masjid yang mereka bina. Masing-masing negara berbangga dan merasa megah dengan bangunan masjid. 

Perhatian mereka hanya kepada keindahan masjid saja, tidak kepada pengisian masjid dengan ibadat dan solat berjamaah. 

Banyak masjid-masjid yang indah, besar dan cantik, tetapi yang datang bersembahyang di dalamnya hanya segelintir manusia sahaja.

0 comments:

Post a Comment

 
Bloggerized by Blogger Template